Kebanyakan wanita mengetahui tentang kepentingan suplemen
asid folik hanya setelah disahkan hamil. Padahal pil berkenaan sangat
digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian Antara tiga
hingga enam bulan sebelum hamil..
info dari mingguan WANITA
Bagi ibu hamil pula kepentingan asid folik ini usah
dipertikaikan lagi. Ia sgt penting untuk pertumbuhan janin yang dikandungi.
Asid folik atau kadang kala disebut sebagai folat ataupon vitamin B9 sgt
diperlukan dlm tubuh. Ia penting dlm pembentukan DNA baru dan pada masa yang sama memperbaiki DNA yang
rosak di dlm sel.
KEBAIKAN
Kurangkan risiko bayi cacat
-ia bermanfaat utk mengurangkan risiko
daripada menimang cahaya mata yang cacat terutamanya kecacatan saraf tunjang
(nueral tube defect atau NTD), gangguan pembentukan otak dan tempurung kepala
yang tidak sempurna atau langsung tidak terbentuk (anecephaly/encephalocele)
dan masalah pembentukan saraf tunjang (spina bifida). Ini kerana pakar
perubatan sgt percaya bahawa asid folik
membantu dlm pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ , kulit
dan tulang bayi.
Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah
-ia seterusnya akan mengurangkan risiko
keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang serta kekurangan daran (anemia)
Kurangkan risiko bayi sumbing
-Asid folik juga membantu mengurangkan
risiko bayi dilahirkan dengan mengalami masalah sumbing lelangit, kecacatan
pada jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) dan
kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.
Oleh sebab manfaat inilah maka suplemen
asid folik diberikan kepada wanita sebaik sahaj disahkan hamil. Bagi kehamilan
yang tidak dirancang dengan teratur, wanita berkenaan akan dinasihatkan utk
mengambil suplemen asid folik setiap hari dan diteruskan sekurang-kurangnya
sehingga kandungan berumur 12 minggu.
Dalam 12 minggu pertama, perkembangan otak
dan sistem saraf bayi sedang berkembang
pesat. Turut boleh diambil oleh wanita yang berusaha untuk hamil, pemgambilan
pil asid folik tiga hingga enam bulan sebelum merancang hamil sangat penting.
Ia membolehkan tubuh bersedia untuk sebarangpertumbuhan atau pembentukan
sel-sel baru.
CARA-CARA PENGAMBILAN
Suplemen asid folik perlu diambil sebiji
setiap hari. Lazimnya dos yang yang dibekalkan adalah 5mg. Biarpon setiap
wanita digalakan untuk mengambil pil asid folik 400mcg, jangan bimbang tentang
isu dos berlebihan.
Ketahuilah bahawa asid folik larut dalam air. Jika
pengambilan berlebihan ia tidak sesekali disimpan didalam pusat penyimpanan nutrient
iaitu hati. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing.
Asid folik semulajadi juga boleh diambil dan ia
biasanya ditemui di dalam brokoli dan
bayam, sayur-sayuran berubi, buah-buahan dan oren,pisang, jagung dan labu,
bijirin, oat, gandum,barli, beras perang, kekacang,keju,susu,telur,hati ayam,
daging lembu, kambing dan ayam, salmon serta tuna.
JOm sama-sama kite berusaha utk yang terbaik...utk kebaikan bersama....
Kalau nak mudah..boleh ambek...
B- Complex dari jenama Shaklee. Kenapa?
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Ia mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif~Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee. ~Mudah di telan. ~Mengandungi kesemua 8 Vitamin B yang penting termasuk 100% Nilai Harian biotin
Akhir kata sayangilah diri dan keluarga..
Salam sayang dari saya...
Masharah Mamat (sharah) |pm/whatsApp:011-25668914 |
facebook: www.facebook.com/masharah.mamat
No comments:
Post a Comment